Saturday, April 16, 2011

Antara fantasi & realiti

Berdepan dgn masalah umpama mempertahankan maruah diri dan keberanian hidup menghadapi kenyataan. Yang penting tangani dengan bijak. Apapun akan terjadi jika kalah dengan masalah yang dihadapi, mungkin saja akan tertekan…gangguan kesihatan…..hilang segala pedoman…..sepi…paling tidak…engkar kehendak takdir. Bertambah malang apabila tidak mengenali diri….tidak faham masalah yang dihadapi..tidak tahu punca kelemahan diri..atau pun sengaja menambah malang dengan mencipta masalah sendiri…ianya sama mencipta malang diri.

Kita dicipta dengan penuh suci, potensi, kehebatan tersendiri…kita dipilih oleh Allah untuk dihidupkan didunia..kerana kita antara hamba disebut oleh Nya dihadapan malaikat..” Aku akan mencipta mahkluk dimuka bumi”….

Bermula dari perut ibu, sentiasa diusap beriring doa…” anak ibu cepat lahir ya…jadi manusia yang berguna…taat perintah Allah, ibu, ayah..”  kemudian doa ibu lagi… “ semoga anak ibu diberkati hidupnya dunia dan akhirat” kemudia doa ibu lagi …..” hari ni dengar ibu baca alQuran ye sayang,...semoga bila lahir nanti jadi manusia yang beriman dan bijak..” si anak juga sentiasa diasuh dengan mengikut gerak solat si ibu..

Entah berapa puluh ribu ibu mendoakan si anak selama dlm kandungan..ditatang bagai minyak yang penuh...dibesarkan dgn kata-kata yang indah...diiringi dgn doa dan harapan...tanpa terfikir apakah si anak ini besarnya  boleh menunaikan impian si ibu...dan apabila tiba saat ibu melahirkan ...satu lagi pengorbanan yang tidak ternilai..

Lantas bermula kehidupan kita...dengan cara yang kita pilih...jalan yang kita fikirkan sendiri...bahkan  terkadang langkah kita tersasar...dan terperangkap dengan cara & pilihan kita sendiri...dengan mencipta satu kehidupan lain...yang lain dengan kehendak Ilahi..kenapa begitu? Bukankah segalanya telah diatur oleh Nya dengan indah dan adil bg setiap makhluk..mungkin ianya terbit kerana tiada rasa bersyukur?

Andai itu yang kita pilih..pastinya kita terperangkap dengan dunia ciptaan..melakonkan semua watak yang direka...yang akhirnya melelahkan .... mungkin ada yang simpati...mendengar dan percaya ...namun, buruk padahnya jika semua rahsia tersingkap...kerana itu janji dunia..” segala pembohongan akan terbongkar..walaupun memakan masa yang lama”...

Paling menakutkan apabila ia boleh membuatkan  kita hilang orang yang tersayang...kerana bosan atau barangkali penat melayan kerenah kita....untuk apa percaya dan perhatian yang diberikan yang akhirnya membuatkannya terpedaya...hanya membuang masa dan amat menyakitkan jiwa....mungkin dia lebih bahagia dengan insan lain yang menghargai kehidupan....bertambah sedih apabila kita juga akan kehilangan teman-teman yang mungkin menganggap  kita sudah hilang kewarasan diri...

Jangan mempersendakan kehidupan...takut kita yang akan dipersendakan...Cuba kita lihat dan rasakan kehidupan sebenar ciptaan Ilahi...alangkah indah, tenang dan bahagia....mengharungi dengan redha ditambah dengan keyakinan diri..Jujur adalah kunci kebahagiaan...




































1 comment: